Monday, 31 August 2015

Pembinaan Reban Ayam Kampung Bermula.

Reban Ayam
Sempat lagi berselfie.
Reban Ayam
Tengah tegakkan tiang.

      








  Assalammualaikum ,

Pembinaan reban ayam kampung dilaksanakan dengan jayanya. Reban ini adalah sebagai  tanda permulaan usaha kami untuk menternak ayam kampung secara kecil kecilan di Felda Besout 02 Sungkai Perak.

Untuk membuat reban sebesar ini tidaklah terlalu sukar. Lebih - lebih lagi bagi orang yang biasa bertukang tentulah tiada masalah. Ayam kampung hanya perlu reban di waktu malam untuk tidur. Kalau tiada reban maka ayam ni biasanya akan tidur di atas pokok la. Kalau dah tido atas pokok, faham2 la..klu nk sembelih, jenuhla buat acara 4 x 100 dengan ayam ni..ayam kampung lari laju and pandai terbang..


So bagi yang nak menternak ayam kampung berskala kecil atau besar, reban adalah penting untuk memudahkan pengurusan ayam kelak.

Penternakan ayam sekarang tak macam dulu2...sekarang macam2  inovasi yang telah tersedia untuk memudahkan para penternak. Teknologi pengeraman inkubator adalah jalan termudah untuk menetaskan telur ayam tanpa ibunya. Namun pemantauan yang teliti harus diberikan pada anak2 ayam yang baru menetas. Makan , minum , suasana reban , lampu, antibiotik harus diberikan untuk memastikan anak ayam ni dalam keadaan sihat.

Berbeza dengan ayam yang menetas dengan ibunya. Kebiasaannya ibu ayam akan memastikan anaknya dalam keadaan yang baik sepanjang masa, biasalah hukum alam..ibu mesti sayangkan anaknya.....jadi bagi ayam yang lahir dari teknologi inkubator kitalah ibunya..dari segi ketahanan sudah tentulah ayam yang ada ibunya lebih tahan and berdikari. Namun dengan teknik - teknik baru dalam penternakan ayam dapat membantu para penternak menghasilkan ayam yang sama kualiti dengan ayam yang lahir secara neutral.

Okay , berbalik kepada reban yang kami buat nie..saiznya dalam 12 x 10 secara mudahnya ia boleh menempatkan 120 ekor ayam. Seekor ayam memerlukan 1 kaki persegi untuk keselesaan di dalam reban.


Reban Ayam
Keadaan di dalam reban. Ayam kecil diletakan di atas dan ayam yang
 sederhana besar dilepaskan di bawah.



Kos membuat reban ni lebih kurang RM1K. Sekarang barang - barang dah mahal. Kalau nk buat reban yang lebih besar cuba cari barang - barang yang terpakai and rasanya lebih berbaloi.

No comments:

Post a Comment