Monday 14 September 2015

Ayam Kampung Asli VS Ayam Kampung Kacukan


Assalammualaikum,


Ramai orang suka makan ayam kampung dek kerana kemanisan dagingnya. Ayam kampung memang sedap. Dan yang lebih penting ayam kampung kurang kolestrol dan lemak. Sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

Ramai orang tanya , apa beza ayam kampung asli dengan ayam kampung kacukan. Sebenarnya perbezaannya keduanya hanyalah dari segi fizikal sahaja. Rasa dan khasiatnya tetap sama. Kerana ia tetap ayam kampung. Cuma ia dikahwinkan degan ayam kampung dari luar Malaysia. Contohnya ayam kampung Malaysia dikahwinkan dengan Ayam Kampung dari China. Ayam tu tetap ayam kampung. Cuma fizikal ayam mungkin berubah mengikut baka. 

Ayam kampung asli yang ada di Malaysia sekarang bukanlah dari generasi pertama. Tetapi ia juga telah dikacukkan oleh pendatang Cina, India dan bangsa2 yang telah menjajah tanah melayu.

Cuma ayam kampung asli harganya tetap lebih mahal dari ayam kampung kacukan kerana pelbagai sebab yang musabah.

No comments:

Post a Comment