Tuesday, 15 September 2015

Penyakit Sampar ( Hawar )

Penyakit Ayam

Penyakit sampar adalah penyakit ayam  yang sangat merbahaya. Penyakit ini boleh berjangkit dengan cepat dan kadar kematian kebiasaanya adalah 100%. Maknanya kalau anda ada ayam seratus ekor , maka seratus ekor akan mati. Ada penternak mengalami kematian beribu2 ekor kerana penyakit ini. 
Ia boleh menyebabkan kematian ayam dari reban ke reban dan boleh menyebabkan kematian ayam satu kampung atau daerah.

Simptom2 ayam yang terkena penyakit sampar adalah seperti berikut :

- Berjalan dalam keadaan terhuyung hayang.
- Kepala teleng dan berpusing seperti gambar di atas.

Jika ada tanda2 ini pada ayam ternakan anda , maka cepat asingkan ayam tersebut sebelum terlambat. Kurantinkan  ayam yang terkena sampar  dengan segera, Untuk pengetahuan anda , penyakit sampar tiada ubat. Hanya satu saja ubat yang berkesan iaitu pisau. Fahamkan?. .maksudnya sembelih dan daging ayam yang terkena sampar boleh dimakan. Ia tidak berjangkit dengan manusia. Kalau anda pasti ayam terkena penyakit sampar , maka cepat2 sembelih..

Bagaimana kita boleh mencegah penyakit sampar dari terkena ayam kita?.. Mudah saja, bagi vaksin sampar pada ayam anda ketika usia 1 minggu. Insyaállah , ayam anda ada daya tahan untuk melawan penyakit sampar.





No comments:

Post a Comment